Wednesday, November 18, 2009


anakku..
dulu,semalam dan hari ini..
kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka
dengan mengingkari ALLAH..
lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..
kau benar2 kebingungan dan bertanya

"apa yg harus ku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini??"

jawabku"bukankah kau adalah dai'e dan mujahid?"

katamu lagi"tapi langkahku terlalu lambat.."

jawabku:kau lambat kerana kau sendiri sibuk degan urusan duniamu,mengejar impianmu dan lupa pada hari kebangkitan..

anakku..

pada hari itu,amalmu terbentang,tubuhmu terbuka..apakah di sana ada bekal mu??pada akhir zaman,orang-orang yang memegang tali perjuangan bagaikan menggenggam bara api..andai terus di genggam,hancur luluh jiwanya..namun,andai dilepaskan,HANCURLAH DUNIA!jangan takut untuk berjuang kerana org2 yang berjuang memang di rintangi ujian..
sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar..Dan kita pula hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan..

!!!الله أكبر

0 comments:

 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.