Monday, November 16, 2009



Hamdan seolah2 telah bosan beristerikanku.stiap kali habis waktu pjabat,dia lebih suka menghabiskan wktu di luar.ini membuatkan hatiku curiga.mungkinkah Hamdan telah ada prmpuan lain??
Usia prkhwinan kami baru masuk 8 tahun nmun suasananya kian hambar sedangkan kami berkahwin ats dasar suka sama suka.Pada awal prkhwinan smuanya terasa indah dan aku yakin tidak tsilap mmilih calon suami.bagaimnapun keadaan ini tak btahan lama.slepas lahir ank kami yg sulung,kami kerap brtegang urat.

“Dulu Azie salahkan mak mrtua,maklumlah dok srumah,ada sja yg Azie buat tak kena kat mata mak.Abg Hamdan pulak,sbab nak jaga hati mak,selalulah Azie kena marah.Tapi bila dok kat rumah sndiri pun asyik bgaduh jugak”Aku mengadu kepada ibu.

“Anak2 kau dah 4.kalau kau tak jaga rumahtngga baik2,nanti Hamdan cari isteri lain,ksian ank2 jadik mangsa.”

“Azie bukan tak sayang abg Hamdan dan Azie yakin yg dia pun sygkan isterinya ni tp tu la,stiap hari ada saja modal nak bertengkar.”

Selama ini,Hamdan payah nak meninggikn suara bila marah,tapi malam tadi mungkin sabarnya sudah sampai ke puncak.Nyaris2 aku mahu di tamparnya.Puncanya,aku telah menuduh dia ada perempuan lain.Sedih sungguh hati ku sedang ku rasa tuduhan itu memang berasas mlihatkan sikap Hamdan akhir2 ini.Katanya,aku aku sndiri sudah banyak berubah tidak seperi dulu lagi.Aku tak pasti apa mksud Hamdan krana layanan ku trhadapnya tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.Dimanakah silapnya sehingga aku dan Hamdan bgai tiada keserasian lagi??
Aku cuba membayangkan bagaimana hidupku jika aku ditakdirkan berpisah dgn Hamdan.Aku amat bersyukur krana ALLAH telah menemukan aku kembali dgn mahani,teman lamaku.Aku cemburu melihat kemesraan Mahani dan suaminya.Aku tahu,Mahani kahwin dulu pun atas pilihan keluarga.

“Mungkin juga berkat ikut ckp mak.tak bercinta sbelum di akad nikah.Maaf lah Azie,bukan Ani nak pulangkan paku buah keras,tapi faktor tu pun jadi penentu kerukunan rumahtangga jugak.”

“Banyak lah mengadu pada ALLAH sebab kadang2 ALLAH sngaja timpakan ujian pad kita supaya kita sentisa mengingatiNYA dalam smua keadaan labih2 lagi dalam kesusahan.”
Aku terdiam mndengar kata2 Mahani.Memang betul apa yang dikatakan Mahani.mengapa sbelum ini dia tidak meminta pertolongan daripada ALLAH sedangkan hati manusia itu hanya ALLAH saja yang berkuasa mengubahnya.Selama ni bila di timpa kesusahan,aku lebih suka mencurahkannya kepada orang lain sedangkan mereka hanya mampu mndengar tanpa dapat mnyelesaikan masalah.
Pada peringkat awal,aku banyak berdoa agar diberi jalan keluar dari kemelut hidupku namun masih belum ada apa2 perubahan.Aku hampir putus asa.
“Doa mestilah dengan ikhtiar skali.Ingat tak ayat al-quran,”berpegang teguhlah kamu dgn tali ALLAH dan janganlah kamu bercerai-berai”.Tali ALLAH tuu syariat ALLAH la..Jadi kalau nak elakkan perselisihan,kenalah ikut syariat ALLAH.”

“Kalau Azie sorang je yg usaha tapi abg Hamdan tak nak buat perubahan tak jadi jugak kn?”

“Tak pala..doakan la dia sekali.Niat kita tu biarlah betul.Niat lah sebab nak dapat redha ALLAH bukan sebab takut hilang cinta suami.Kalau ALLAH dah redha dengan kita,itu satu jaminan untuk kita berjaya dunia n akhirat.”

Aku tak nafikan selama ni aku melayan suami kerana kepentingan nafsu.Bila ALLAH tentukan suami berubah sikit,mulalah tertekan jiwa.ADUHAI!Susahnya hendak melawan kehendak nafsu yg selama ni ku turuti.Aku bersyukur kerana dapat bertemu dgn Ani yang sdikit sebanyak telah meemberi panduan untukku untuk memperbaiki keadaan.Terima kasih ya ALLAH!ampunkan lah aku..
MJALAH ANIS(1997)


0 comments:

 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.