Tuesday, February 11, 2014

TIPS JIMAT KETIKA PERTUNANGAN.

okeh! aku baruu selesai di "observe" mengajar. alhamdulillah banyak kritikan tapi aku sukaaa dikritik! baru boleh belajar. ingat ye adik2, jangan stress bila pensyarah bagi komen, kita kena banyak bertanya ataupun kalau kita ada kesulitan apa-apa, just let them know. berterus terang supaya depa paham.

sori. terlari tajuk. aku disini bukanlah nak umumkan yang aku sudah menjadi tunangan orang. tidak sama sekali! aku sangat2 malu kalau org tau aku dh bertunang. sori, im not taken, im still Allah's. bertunang bukan bermaksud aku sudah dimiliki, tapi lebih kepada maksud aku sudah disunting dan diajak untuk berkenal-kenalan, mengetahui latar belakang masing-masing, mencari titik persamaan untuk bina RUMAHTANGGA. kalau tak sesuai kita putus saja! simple.

aku anak sulung,jadi aku belum ada kakak atau abang yg sudah berkahwin, dan semestinya jarang bagi aku melihat proggress perkahwinan, pertunangan dgn mata kepala sendiri. semuanya bermula dgn diri aku!
aku dah rancang, pertunangan aku biasa2 sahaja. no pelamin, no make up, no renting2 baju. tapi disini aku ada beberapa tips nak bagi kat pasangan di luar sana kalau2 ada yg nak bertunang tp nak nampak havoc.

1) waktu majlis

kalau nak jimat, waktu majlis buat lah sebelah petang.. sebab? sebab sebelah petang kita tak makan nasik, kita akan makan mee, bihun ke apa ke.. mudah nak buat dan budget tu pun tak lari byk kan? macam aku, aku buat sebelah tghari, mmg byk duit habis pada makanan tghari.. beras lagi, ayam lagi, ikan lagi, rempah, bawang dan sbgnya.. banyak tuh!

2)pakaian

aku cuma kenakan jubah harga rm70 beli kat ekspo je. aku dah setkan awal-awal yang jubah tu aku akan pakai balik untuk pergi kelas, pergi hangout kemana-mana dan lain-lain.. takda la membazir, terperuk je dalam almari. sebab tula aku beli yang tak jangok sangat, simple tapi elegant. tudung? haa.. yang ni aku beli last minit dkat mak sedara aku ja.. murah rm18. tudung ni sebenarnya pendek tapi aku gayakan labuh.. sapa pun tak perasan tudung tu pendek. veil? okeh, aku taknak berveil tapi mak aku nak sangat kan. jadi aku pinjam yang kawan aku.tu pun dia nak sewa, aku buat muka sedih, akhirnya dia bagi free...yahuu

3)pelamin

aku takda pelamin. tapi kalau hampa yang nak bergambar tu letak la tirai dekat dinding tempat nak sarung cincin tu, hias2 sikit, tak payah beli yang baru. pinjam je, tak pun guna yg dah sedia ada. kan jimat. kalau naak jugak pelamin, sewa je pelamin budget.. survey la awal-awal.

28/12/2013
selamat bertunang. :)




0 comments:

 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.