Saturday, February 8, 2014

Tips untuk yang nak berperang dgn praktikum!

salam.

aku bukanla nak bagi tips yang bagus dan terbaik sgt, suam2 kuku je.. tapi masih boleh dipraktikkan oleh adik-adik yang bakal menjengah ke alam praktikum.. jangan takut sebelum melangkah. ingat tu!

praktikum taklah seteruk mana.. seperti yang senior2 hampa dok gempaq tu, takdak setara tu pun..jangan la risau sangat na.. mindset tu yg penting. MINDSET.. apa kata positifkan diri sebelum melangkah. chill ok! cuma perlu bersedia yg corak hidup kita akan sikiitt je berubah bila praktikum.sikit je..

1)RPH

yang dikatakan kononnya "terlalu susah" praktikum ni semestinya adalah RPH.  nampak mudah, bila tgk org lain buat pun nampak mudah tp sebenarnya nak menyiapkan RPH perlukan perancangan, perlu tally dgn segala mak nenek, perlu ikut kehendak lecturer dan guru pmbimbing. banyak kan? jgn risau.. simple je, jgn tkut buat silap! percayala takkan ada sesiapa yg akan marah kita bila kita silap dlm buat RPH. cuma kena tegur secara lembut je. chillax la. dari situ la kita belajar kan. masa cuti jumaat sabtu tu, setelkan siap2 2- 3 RPH..pecaya la, nnti hmpa tak kalut sgt.

2) PORTFOLIO

Sila selesaikan portfolio masa minggu pertamaa lagi prktikum. sbb time tu jadual pun mcm tak kompem lagi, hampa masih ada masa pi ulang alik pejbat mintak maklumat sekolah, siap2 potostet. siap2 printkan devider, segala borang isi segera dan tempel pada fail. kalau rajin hias2 fail sebelum masuk praktikum lagi ok. pecaya la, portfolio ni kalau dh setel awal, mmg tak kalut. fokus RPH je.

2)BBM

lepas RPH, ofokos la BBM.. jgn la pening2 sgt nak buat BBM ni..simple sudah, asalkan kita boleh gunakan BBM tu dgn baik, kelas pun akan jalan dgn baik. pecayala! ada yg BBM dia giler havoc tapi tak pndai guna, last skali membazir je kan.

3) DUIT

yes. duit perlu la dikorbankan sikit. sikit je. untuk minyak kete kalau hampa pi naik keta. utk umah sewa kalau hampa dok umah sewa, utk BBM (ha, yg ni wajib), kalau utk BBM ni sebaiknya dapat je voucher buku jgn pi beli buku perkahwinan la novel la apa la, tapi fokus kepada barang praktikum.  pi HASANI tu gunakan sebaik mungkin beli kertas warna, kertas A4, marker pen, set BBM and banyak lagi..sebelum pi tu buat la checklist dulu ya.  ha, satu lagi.. printer sila pastikan ada sorang satu sebab nak mmg byk nak print nnti.

4) HUBUNGAN

hubungan ni byk. dgn guru2 kat situ, dgn makcik kantin, pkcik mkcik gad dan sebagainya.. aku tau kita semua busy dgn kerja kita sbg guru praktikal.. dan nk mjaga hati smua org sgt2 lah tekanan dan bukan mudah.. tak semua sekolah ada org2 yg blh paham kita selaku guru yg masih belajar.. memang lumrah kalau kita dicop tak peramah, sombong dan mcm2 lagi.. sabar ok. rilek je.. anggap je depa tak kenal kita.. kita cuba2 rendahkan diri, kenalkan diri kita dgn semua org kat situ. perlu diingat ye, tak semua guru dok kat bilik guru. ada yg kat makmal, ada yg kat bilik JQAF, libray dan lain2.. kdg2 kita susah nak brjumpa, dan belum pape lagi dah dicop sombong. maka dgn sbb tu lah bila smpai je kena SENYUUMM.. jumpa je tegur ok! bagi lah salam ke, tanya nama ke apa ke. pura2 je hampa ramah. ada masa tu rajin2 la pi bilik2 lain jmpak cikgu2 kt sna.. alah lantakla depa nak ckp apa, jnji hampa dh cuba. lainla kalau hmpa tak mencuba.

OK, setakat ni je tips yg aku blh kongsi mlalui pngalaman yg aku ada..smg bermanfaat. peaceout!


0 comments:

 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.