1) garnier
aku guna garnier masa mula-mula masuk maktab. bagi aku yg ni tak mempunyai litupan yang baik sangat. just nice kalau untuk makeup yg mmg tipis dan pakai hari-hari nak pegi kedai, kelas ke boleh lah guna.
2) clinelle
yg ni aku pakai code ivory. aku rasa bedak ni lagi ringan kot dari garnier dan less chemical sikit. aku tak minat. tapi aku pakai habis jugak
3) maybelline clear smooth powder
yg ni boleh tahan. mmg nice coverage. dia dapat cover cela dgn skali sapuan je. tapi muka aku kena berkali-kali sapu baru cela lenyap. aku beli yang mini je kalau tak silap harga dalam rm9.90. tapi bedak ni mmg aku letak dalam handbag sbb kecik dan boleh jadi penyelamat bila-bila muka nmpak minyak teruk
4) oxy compact powder
okeh. aku pakai oxy ni sejak aku terpengaruh dengan acne.org .. ni semua sebab nak elak kulit dari kena chemical yg berlebihan. aku pakai adala dalam sebulan lepas tu taknak dah. sebabnye aku tak istiqamah dan aku xsuka bedak ni terlalu ringan dan tak best. kalau kulit yg dah mmg elok tu sesuai la apply benda ni.. kalau kulit aku mmg tak daya nak tutup apa pun guna bedak ni...
5) pixy ultimate make up cake
haa..kalau yg ni aku mmg sukaa sangat.. harga dia tak mahal pun aku beli rm16 je. tahan sampai sekarang dah 3 bulan aku tonyoh bende ni... very nice coverage. aku suka span dia sbb boleh guna utk apply foundation sekali. bedak ni tahan lama. kalau kulit mcm aku boleh gakla dalam 4-5 jam tu. bila pakai muka nampak gebu. kalau malas pakai foundation, aku basahkan span dan sapu je bedak ni.. i like.. yg ni mmg aku suggest.
0 comments:
Post a Comment