Thursday, February 25, 2010

Bila Aku mUla mNUnjukkan Kelurusanku....

program bwah unit ziarah(husnul khatimah) brjalan lancar tapi bnyak bnda yg aku dah blaja mlalui proses ke arah plaksanaan program tu..aku critakan satu persatu..

tumpuan tumpuan....

program start pkul 7.00pm and aku spatutnyer ade kat surau utk taklimat AJK lepas asar..smpai je sana dah nmpak snior2 and bberapa kngkawan dari kelas F2M dah mnanti..mngkin menanti Dayah..dayah dtg dgn aku..masa dngar taklimat,aku trfikir,mcm mane nak bg kesedaran,nk bg jiwa btul2 mrasai kmatian..sjujurnya rsa msih blum mncabar tapi tak pe..tak prlu trlalu mncabar..insyaALLAH ni pun dh ckup mberi kesan..

aku tak spatut nya berada kat situ..

ape yg aku rsa ni???aku cpat2 capai hndphone,sms nadiah..tnya pkul brape nk smpai,cepatla skit..aku sorg2 ni..(wlaupun hkikatnya ada rmai org) dah hbis tklimat,abg mad(pnyelaras prog) tanya.."ade sesape yg tak fham" macam ade yg tak faham je,diam tu tnda tak faham la tu.."
aku rasa mcm aku je yg nmpak mcm org tak faham pape tapi aku pham sbenarnyea..
bila la si nadiah ni nak reply..tnggu punya tggu tgk2 ank pnah sending msg tu tak jalan pun.............cuba lagi skali pun tak jalan..haisy...sudah..

ha?cenderamata??


tgh tolong2 dayah siapkan fail utk peserta,aku dngar abg mad tanya,"sape yg uruskan cnderamat??"
err..tu aku kan?aku punya tugaslaa.....aku pun jawab..abg mad tnya,"mana cnderamata??"
cnderamata?????? kelurusan ku terbukti jua pada waktu tu..rasa mcm aku tak bg komitmen yg sbaiknya masa tu..tak prlu salahkan org lain,slahkan diri sndiri!
abg mad suruh pi cari hadiah yg ssuai..aku pun cepat2 pi cari..sedih dalam hati..sbb sorang2..tak nak kelemahan aku tampak lbih jelas lagi,aku brusaha sbaik mngkin nak dapatkan hdiah yg trbaik!

lari lari lari.........

skuat ati aku mnapak ke tangga blok kota limbong smpai ke aras atas skali utk jumpa kngkawan aku.."sape ade barang yg tak guna lg nak buat hadiah??"
aku crita smuanya pelan2..tanak lengahkan masa,aku kluarkan RM50 and kwn aku tlg buat smpul..aku plak trun bwah pi ke koperasi cari hadiah yg ssuai..akhirnya jumpak jugak..towel IPG KSAH and buku nota IPSAH yg trbaru...err...ssuai ke??xpe laa...rsa nya ni dh ckup baik..aku beli 2 set utk 2 pnceramah..smpai kat counter,duit xcukuo nk bayar..mcm mane ni?aku pujuk kakak koperasi tu nk hutang dulu..nsib baik dia mmahami..

lega!

naik je blik,aku balut hadiah letak dalam beg kemas2..trus smpaikan kat abg mad..trima ksih kngkawan yg mmbantu.....
spanjang program,bnyak yg pahit dari manis nye..pahit manis ni dlm mnghadapi tugas aku sbg AJK..aku tak layak!!

Wednesday, February 24, 2010

QaSeh NuR bAlQiS 2

salam..

dah besar dh budak qaseh ni..msa mula2 lahir kecik je..huhu..tringin nak tnjuk gmba2 posing ala comey die..tgk2 la and kaji la kcomelan die..huhu...

smbungan drp:QASEH NUR BALQIS 1



candid nmpak qaseh ni..huhu







Monday, February 22, 2010

lepas rinduuuu!!

bismillah..
salam blog ku..
dah lama x update kan..maaf ler..daku bkn xnak kawan dgn dikau whai blog..cuma klemahan ku dan jugak ksibukan ku dh mula mmbataskan masa di antara kita..tp pcaya la..aku tetap hadir dgn kisah baru..trlalu byk nk dcerita..huhuk..
tapi utk hari ni kena crita yg pnting dulu yeh..utamakan tugas dulu naa..

ATTENTION!!
kepada sesiapa yg terlibat dengan program "PERSEDIAAN MENUJU HUSNUL KHATIMAH"
maklumat mngenai program adlah sperti brikut:


tarikh:25-26feb2010
masa:7.00 mlm-7.00 pg
tempat:musolla IPG KSAH


jgn lupa bwak 2-3 helai baju spare anda dan sbab mngapa anda di minta mlakukan dmikian adalah dirahsiakan...

HARAP MAKLUM


Friday, February 5, 2010

BADAS:PROGRAM ZIARAH IPG KSAH

Renungan Sejenak..

Firman ALLAH SWT
"dan hendaklah di antara kamu satu puak yang menyeru(berdakwah)kepada kebajikan (mengembangkan islam ),dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,serta mearang daripada segala yg salah(buruk dan keji)dan mereka yang bersifat demikian adalah orang2 yang berjaya."




Bermula nya Program Ziarah di Bumi KSAH..


25 Jun 2009,Badan Dakwah dan Surau(BADAS) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim di bawah Lajnah Sekrateriat Pembangunan Modal Insan(SPMI) di bawah unit dakwah telah mengadakan perjumpaan pertama kali nya di surau IPSAH dan sekaligus merasmikan satu program baru BADAS iaitu program Ziarah yang dipengerusikan oleh Muhammad Bin Zakaria dari PISMP Pengajian Agama.Ini merupakan program yang pertama kali nya di perkenalkan di IPG KSAH.

ziarah dalam konteks ini ialah melawat berkenal-kenalan(ta'aruf)dan nasihat menasihati sesama muslim dalam mnjalankan usaha amar makru dan nahi munkar.



Objektif Program:
  1. mengeratkan ukhwah sesama guru pelatih Muslim
  2. mewujudkan biah solehah wa islamiyah
  3. meningkatkan kesedaran para guru pelatih terhadap usaha dakwah secara berhikmah
  4. meluaskan skop dunia penglibatan usaha dakwah dari peringkat Takrif,(pengenalan) dan Takwin(pembentukan) kepada peringkat Tanfiz(pelaksanaan)
  5. amar makruf nahi munkar dll objektif yang tersirat di sebalik program berbentuk pendekatan dakwah ini.



STRUKTUR ORGANISASI UNIT ZIARAH IPG KSAH 2010


PENSYARAH PENASIHAT:USTAZ YAHYA BIN ABDULLAH

PENGERUSI:MUHAMMAD BIN ZAKARIA

TIMBALAN PENGERUSI:HARISAH ADILAH BT ZAKARIA

SETIAUSAHA:NURUL AINA BT HAZININ

KETUA KUMPULAN ZIARAH BLOK A

MASITAH BT MOHAMED KHASIM

KETUA KUMPULAN ZIARAH BLOK B

NOR ATIKA NATASHA BT MAT NOH

KETUA KUMPULAN ZIARAH BLOK D

NURUL HIDAYAH BT MUKHTAR

KETUA KUMPULAN ZIARAH BLOK E

NURULHUDA BT ARIFF

KETUA KUMPULAN ZIARAH BLOK H

NURUL AFIQAH BT ALIAS

KETUA ZIARAH BLOK F

ABDUL SYAFIQ BIN MD SUBAHIR

KETUA KUMPULAN ZIARAH BLOK G

SOLIHIN BIN AHMAD BAKARY



"من قال لا إله الاالله فهو الداعى"


http://lamanfikrah.blogspot.com/



Wednesday, February 3, 2010

SESEKALI KITA BERMUHASABAH..

BISMILLAH...

sekadar memerhati,mencari,dan meneliti stiap mkna yg tersirat di sebalik persekitaran dan fenomena yg aku lalui..tak perlu memerah otak,memikir wadah yg sepatut nya untuk bermuhasabah.tapisekadar melihat dan menghayati wallpaper kat bawah ni pun sudah memadai dan kesannya......menusuk hati!











KASIHNYA RABBI PADA KITA...

“Seorang hamba, meskipun melakukan perbuatan dosa, maka Allah tetap akan menganugerahinya empat hal:
Pertama, Allah tidak menutup jalan rezekinya. Kedua, Allah tidak mencabut kesihatan yang diberikan kepadanya.
Ketiga, Allah tidak memperlihatkan rahsia dosanya di depan umum.
Dan keempat, Allah tidak pula menyiksanya dengan segera di dunia (tetapi ditangguhkan agar dia bertaubat). (Sa’ad bin Bilal Radhiyallahu ‘Anh)


Tuesday, February 2, 2010

DOSA-DOSA WANITA YANG TAK DISEDARI..

SIFAT CEMBURU WANITA KEPADA WANITA LAIN

daripada Aisyah,ssungguhnya Rasulullah saw keluar dari rumah Aisyah pada suatu malam.lalu Aisyah berkata,"aku merasa cemburu terhadapnya jika dia mendatangi isteri yang lain"

lalu Rasulullah saw kembali kepada Aisyah dan bertanya,"adakah engkau cemburu?"

Aisyah menjawab,"bagaimana wanita seperti aku tidak mencemburui suami sepertimu?"

Rasulullah saw menjawab,"rupanya syaitan telah mendampingimu"

Aisyah bertanya,"adakah syaitan bersamaku?"

Rasulullah saw menjawab,"tiada seorang pun kecuali ALLAH yg tak didatangi syaitan"

Aisyah bertanya,"adakah syaitan jug turut bersama mu?"

Rasul saw menjawab,"benar,tapi ALLAH telah membantuku untuk mengalahkannya sehingga aku selamat(ditakrij muslim dan annasai"

MENCACI MAKI SAKIT DEMAM

daripada Jabir berkata Rasulullah saw memasuki tempat tinggal Ummu Assa'ib seraya bertanya,"mengapa engkau bergoncang2 begitu?"

Ummu Sa'ib menjawab,"kerana aku demam,,ah,tidak!semoga ALLAH membarakahi demamku ini"

Rasulullah saw berkata'janganlah engkau mencaci maki sakit demam.sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan bani Adam sebagaimana tempat api tukang besi yg menghilangkan kerak besi."

MEMBATASKAN KELAHIRAN

pembatasan kelahiran boleh juga di sebut sebagai merancang keluarga,yang mana termasuk dalam agenda kerajaan di pelusuk negara.
msalah ingin membataskan keturunan ini seringkali di sebabkan kerana kegusaran dan ketakutan manusia dalm menghadapi masalah duniawi seperti kemiskinan dan lain2..walhal ALLAH telah pun mnjanjikan rezeki pada hmba2 Nya yang berusaha.

seharusnya wanita lebih menghayati suara kebenaran daripada ALLAH dan meyakini keagungan serta kemurahanNYA..


P/S:ade bnyak lgi pengisian yang nak ku kongsi tapi cukup la dulu yang dah memberi kesan di hati ini disebabkan sikapku yang kadangkala mencetuskan dosa tanpa kusedari..membiarkan hati di mamah api cemburu,kadang2 tak mnghargai kurniaanNYA telah membuatkan diri tampak tersangat hina..ya ALLAH...ampuni aku!

Monday, February 1, 2010

SUBHANALLAH



demi matahari
dan sinarnya di pagi hari
demi bulan apabila ia mngiringi..
demi siang hari
bila menampakkan dirinya
demi malam apabila ia menutupi
demi langit berserta seluruh binaannya
demi bumi serta yang ada di hamparannya
demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
ALLAH mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan
beruntung bagi yang mnyucikannya
merugi bagi yang mengotorinya...
SUBHANALLAH..









ha..ni pun cptaan ALLAH jugak ni..ank sedara spupu aku..



p/s:huhu..ni gmba yg aku amik kat depan umah spupu aku..laut tu kat depan umah depan umah die jer...best sgt2..nnti nak pi lagi...ehek!
 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.