Thursday, December 20, 2012

LUNCH: Ayam Masak Serai

 
ni first trial sebab dah bosan taktau nak masak apa, jadi cuba ayam masak serai pulak. ini pun hentam kromo saja, mak aku cakap kena letak santan, tp aku abaikan je.hehe..aku tak letak santan dan aku kurangkan kuah ikut selera dan citarasa aku sendiri..rasa dia sama ja dgn yg letak santan..perfecto!

 
cara-cara:
1) goreng ayam jgn garing sgt, sedang2 saja.
2) kisar bawang sebiji besar, 3 ulas bawang putih, 2 batang serai dipotong-potong, 8 tangkai cili padi( kalau yg suka pedas boleh tambah lagi)
3) panaskan minyak, tumiskan terus bahan yg dah dikisar tadi
4) kacau dan tunggu sampai bahan tadi masak, masukkan garam secukup rasa
5) ambil 1 atau 2 batang serai, katok2 sikit dan masukkan dalam kuali tadi
6) cuba rasa sedap ke tidak
7) masukkan ayam
8) masukkan air asam jawa, jgn byk, sikit saja, cukup utk tambah rasa asm jawa saja dekat masakan. nak letak asam keping pun boleh
9) kacau sikit, tunggu dia sebati dgn ayam, tutup api, siap!

Wednesday, December 19, 2012

DINNER: Ikan Goreng Bersambal Kicap

 
 
waktu ni ayah sedara aku datang rumah, katanya lapar tp time tu aku cuma buat kuey teow goreng saja utk makan malam. disebabkan dia nak makan nasik, aku cepat2 buat ikan goreng, buat kuah smbal kicap, dan tuang atas ikan goreng..alhamdulillah, dia makan dengan berselera.sedap tak sedap wallahua'lam..

cara-cara:

1) goreng ikan, jgn terlalu garing.
2) dalam kuali yg lain, tumis bawang putih, merah
3) masukkan cili kering kisar atau giling, jgn banyak sgt, satu senduk dah cukup
4) kacau dan tunggu cili masak lepastu letak sikit gula untuk kurangkan pedas
5) bila cili dah masak masukkan sos tiram, dan sikit kicap
6) masukkan bawang besar yg dipotong bulat.
7) bila mendidih, tuang kuah ke dalam ikan yg dah goreng td..

LUNCH: Kari Ikan Sembilang


inilah kari hasil masakan aku.aku belajar dari mak aku, kari yg kami buat tak letak santan, jadi kurang menggemukkan sgt cuma minyak agak lebih sebab nak menumis rempah perlukan minyak yg agak byk supaya rempah cepat masak..:)  kalau ada tomato lagi sedap tp time ni masak je apa yg ada..smg Allah berkati..

cara-cara: (ikut cara aku sendiri ja, sengaja aku rekod semua kat sini spya nnti aku ada kenangan muda mudi utk dirujuk kala tua nnti)

1) masukkan minyak, tunggu panas
2) tumis bawang putih, merah, kalau nak tumis skali daun kari pun takpe
3) smentara tunggu bawang kekuningan, tuangkan 2 paket rempah ikan dalam satu mangkuk.masukkan air, kacau dan masuk satu sudu besar garam
4) bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah tadi, kacau..
5) kacau dan tunggu rempah masak ( dia akan masak bila minyak terapung kat atas rempah)
6) bila rmpah dh masak, masukkan bawang besar yg dah dikisar halus dalam tu (aku tak masuk santan, jadi ku gantikan dgn bawang yg dah di blend)
7) masukkan 1 cawan air asam jawa..
8) masuk ikan, tunggu ikan masak
9) masa ni adjust2 sikit rasa, tak cukup garam sila tambah lagi.
10) masukkan daun cendehom( daun yg org buat laksa tu)
11) siap!

Sunday, December 16, 2012

lunch sambal tumis ayam!

harini masak sikit je sebab yg nak makan ain dgn anuar je. jadi masak simple jela, aku pun tak terlarat nak masak byk2 tghari ni..ingat nak tido je lepas ni..tunggu buka puasa nanti baru nak masak lebih sikit, lagipun malam karang mak aku pun ada sekali, boleh makan ramai2.

 
 
 
ain cakap sedappppp...anuar tak cakap pape tapi tambah2 lagi..fuhh...
 
 
 

Friday, December 14, 2012

Family BBQ

adik aku tiba2 nak buat bbq, katanya nak sambut kedatangan 2 org kwn aku nak bmalam kat umah aku nnti..tp kwn aku tak jadi dtg, kita buat bbq kita2 jela dgn bberapa kwn adik aku..proses memerap ayam 100% dekat tgn aku..malam tu cuma bakar ayam je..

aku pun bukan penah wat bbq, perap aym utk nasik aym ada la, aku pun main hentam jela buat jela mcm mana yg boleh..masuk bwng putih, merah, halia, sos tiram, kicap sikit, madu and rebus sikit separuh masak( aku takda pngalaman lgsung nih)  adik aku ditugaskan bakar aym, and aku kena masak nasik goreng satu kuali.

malam tu adik aku mulakan proses bakar mmbakar..ayam ditabur sos bbq pedas, lepas tu di salai dgn planta..yummyy.. nasik goreng pun licin sbb yelah yg makan tu adik llaki ngan kawan2 kwn nya, paham2 jela..huhu

 
ayam yg baru diperap bsama aneka ramuan..nmpak tak cntik tp aroma dia, fuhhhhh...
 

 
tadaa..siap dah bbq kite...sedappp......ada byk lg ayam..

Tuesday, December 11, 2012

dinner: kuey teow goreng

baru ja ingat nak makan buah ja malam ni, slow sikit makan harini sebab smalam dah mkn nasik agak lebih had la..dah siap2 masak makan malam utk budak2 ni, terus masuk mandi sebab dah maghrib. keluar ja billik air, mak aku dah hulur semua perkakas nak masak kueyteow goreng..terganggu la jugak jadual makan sebab baruuuu ja ingat taknak mkn berat2. masak la jugak kueyteow goreng sebab jap lagi kwn2 adik aku nak dtg lepak kat rumah smbil menjamu selera.. main campak campak dalam kuali, akhirnya siap jugak kueyteow gorengku...yummy...silakan jemput makan..




habis jugak satu pinggan, kalori byk tu dekat 600 jugak satu pinggan, kena banyak buat keje lagi!!!
 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.