Wednesday, July 2, 2014

sebenarnya saya isteri dia


Alhamdulillah, syukur. lautan terimakasih kepada Allah yang menjodohkan kami.  Akhirnya setelah dua tahun kenal, setahun menyimpan perasaan, enam bulan mengikat pertunangan, kami akhirnya disatukan.  memang bayak ujian sepanjang proses ni tapi aku sangat akur dengan ketentuan Allah dalam mengatur perjalanan kami. terimakasih yang tak terhingga..

ramai orang tanya, seronok tak kahwin? aku tak mampu jawab soalan tu dengan baik sebab pada aku sama sahaja. terpulang kepada cara kita menilai. kalau pendapat aku, dalam keadaan aku yang berjauhan dengan suami, aku rasa biasa sahaja. macam zaman bujang dulu-dulu. tapi perbezaan tu tetap ada.aku senaraikan satu per satu.

1) aku sudah ada imam. kemana saja aku pegi, WAJIB lapor pada suami. mintak keizinan dia dulu.  walaupun nak pegi surau yang dekat ja.

2) aku kena banyak bertolak ansur.  kalau aku boleh pi jumpak laki ku di ipoh sana, aku kena lah berkorban sikit naik bas kesana.  biasalah askar kadang-kadang tak boleh keluar kawasan, jadi aku kena memahami lah.  memang penat, 4-5 pagi baru sampai maktab. letih kan? tapi berbaloi untuk suami tercinta.  :)

3) aku sudah ada dua keluarga. besar komitmen.  aku tgh cuba adapt dengan keluarga suami yang sangat-sangatlah ramai. not bad la. aku pun baru sekali tidur kat rumah mertua.  masih perlukan masa.

4)  aku pun kena berkawan juga dengan kawan2 suami aku. bergaul dengan orang rumah depa dan sebagainya. benda ni rasanya tak susah. sebab aku cikgu, jadi bersosial ni tak jadi masalah yang berat sangat kot. tambah-tambah kalau jumpa geng.

5) bila dengan suami, aku kena bangun awal, hantar dia ke depan pintu nak pi keja. tunggu dia balik keja. tapi masak belum mampu lagi sebab kalau kami dok sekali pun dok kat homestay je, dapur pun takda. makan nasik bungkus saja.. tapi enjoy sebab dengan suami.

kesimpulannya, berkahwin tidaklah bagi kesan yang terlalu mendalam dalam hidup aku. cuma melalui perkahwinan aku belajar macam-macam. aku belajar atasi rasa marah, aku belajar menerima seadanya, aku belajar teknik melayan suami, aku belajar semuanya tentang insan bernama lelaki, aku belajar bersosial, aku belajar menghormati orang lain dan baaanyak sgt. tapi smuanya masih dalam proses. kadang tu tak boleh tahan nafsu asyik nak merajuk dengan suami.. hmm.. kena lebih matang lepas ni..doakan aku.. apa-apa pun, aku bahagia dan bersyukur dikurniakan suami yang memahami, yang lembut dan menerima aku apa ada nya. semoga Allah pelihara suamiku dunia dan akhirat..

sungguh aku mencintaimu kerana tuhanmu abang...:)



 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.