Thursday, December 20, 2012

LUNCH: Ayam Masak Serai

 
ni first trial sebab dah bosan taktau nak masak apa, jadi cuba ayam masak serai pulak. ini pun hentam kromo saja, mak aku cakap kena letak santan, tp aku abaikan je.hehe..aku tak letak santan dan aku kurangkan kuah ikut selera dan citarasa aku sendiri..rasa dia sama ja dgn yg letak santan..perfecto!

 
cara-cara:
1) goreng ayam jgn garing sgt, sedang2 saja.
2) kisar bawang sebiji besar, 3 ulas bawang putih, 2 batang serai dipotong-potong, 8 tangkai cili padi( kalau yg suka pedas boleh tambah lagi)
3) panaskan minyak, tumiskan terus bahan yg dah dikisar tadi
4) kacau dan tunggu sampai bahan tadi masak, masukkan garam secukup rasa
5) ambil 1 atau 2 batang serai, katok2 sikit dan masukkan dalam kuali tadi
6) cuba rasa sedap ke tidak
7) masukkan ayam
8) masukkan air asam jawa, jgn byk, sikit saja, cukup utk tambah rasa asm jawa saja dekat masakan. nak letak asam keping pun boleh
9) kacau sikit, tunggu dia sebati dgn ayam, tutup api, siap!

Wednesday, December 19, 2012

DINNER: Ikan Goreng Bersambal Kicap

 
 
waktu ni ayah sedara aku datang rumah, katanya lapar tp time tu aku cuma buat kuey teow goreng saja utk makan malam. disebabkan dia nak makan nasik, aku cepat2 buat ikan goreng, buat kuah smbal kicap, dan tuang atas ikan goreng..alhamdulillah, dia makan dengan berselera.sedap tak sedap wallahua'lam..

cara-cara:

1) goreng ikan, jgn terlalu garing.
2) dalam kuali yg lain, tumis bawang putih, merah
3) masukkan cili kering kisar atau giling, jgn banyak sgt, satu senduk dah cukup
4) kacau dan tunggu cili masak lepastu letak sikit gula untuk kurangkan pedas
5) bila cili dah masak masukkan sos tiram, dan sikit kicap
6) masukkan bawang besar yg dipotong bulat.
7) bila mendidih, tuang kuah ke dalam ikan yg dah goreng td..

LUNCH: Kari Ikan Sembilang


inilah kari hasil masakan aku.aku belajar dari mak aku, kari yg kami buat tak letak santan, jadi kurang menggemukkan sgt cuma minyak agak lebih sebab nak menumis rempah perlukan minyak yg agak byk supaya rempah cepat masak..:)  kalau ada tomato lagi sedap tp time ni masak je apa yg ada..smg Allah berkati..

cara-cara: (ikut cara aku sendiri ja, sengaja aku rekod semua kat sini spya nnti aku ada kenangan muda mudi utk dirujuk kala tua nnti)

1) masukkan minyak, tunggu panas
2) tumis bawang putih, merah, kalau nak tumis skali daun kari pun takpe
3) smentara tunggu bawang kekuningan, tuangkan 2 paket rempah ikan dalam satu mangkuk.masukkan air, kacau dan masuk satu sudu besar garam
4) bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah tadi, kacau..
5) kacau dan tunggu rempah masak ( dia akan masak bila minyak terapung kat atas rempah)
6) bila rmpah dh masak, masukkan bawang besar yg dah dikisar halus dalam tu (aku tak masuk santan, jadi ku gantikan dgn bawang yg dah di blend)
7) masukkan 1 cawan air asam jawa..
8) masuk ikan, tunggu ikan masak
9) masa ni adjust2 sikit rasa, tak cukup garam sila tambah lagi.
10) masukkan daun cendehom( daun yg org buat laksa tu)
11) siap!

Sunday, December 16, 2012

lunch sambal tumis ayam!

harini masak sikit je sebab yg nak makan ain dgn anuar je. jadi masak simple jela, aku pun tak terlarat nak masak byk2 tghari ni..ingat nak tido je lepas ni..tunggu buka puasa nanti baru nak masak lebih sikit, lagipun malam karang mak aku pun ada sekali, boleh makan ramai2.

 
 
 
ain cakap sedappppp...anuar tak cakap pape tapi tambah2 lagi..fuhh...
 
 
 

Friday, December 14, 2012

Family BBQ

adik aku tiba2 nak buat bbq, katanya nak sambut kedatangan 2 org kwn aku nak bmalam kat umah aku nnti..tp kwn aku tak jadi dtg, kita buat bbq kita2 jela dgn bberapa kwn adik aku..proses memerap ayam 100% dekat tgn aku..malam tu cuma bakar ayam je..

aku pun bukan penah wat bbq, perap aym utk nasik aym ada la, aku pun main hentam jela buat jela mcm mana yg boleh..masuk bwng putih, merah, halia, sos tiram, kicap sikit, madu and rebus sikit separuh masak( aku takda pngalaman lgsung nih)  adik aku ditugaskan bakar aym, and aku kena masak nasik goreng satu kuali.

malam tu adik aku mulakan proses bakar mmbakar..ayam ditabur sos bbq pedas, lepas tu di salai dgn planta..yummyy.. nasik goreng pun licin sbb yelah yg makan tu adik llaki ngan kawan2 kwn nya, paham2 jela..huhu

 
ayam yg baru diperap bsama aneka ramuan..nmpak tak cntik tp aroma dia, fuhhhhh...
 

 
tadaa..siap dah bbq kite...sedappp......ada byk lg ayam..

Tuesday, December 11, 2012

dinner: kuey teow goreng

baru ja ingat nak makan buah ja malam ni, slow sikit makan harini sebab smalam dah mkn nasik agak lebih had la..dah siap2 masak makan malam utk budak2 ni, terus masuk mandi sebab dah maghrib. keluar ja billik air, mak aku dah hulur semua perkakas nak masak kueyteow goreng..terganggu la jugak jadual makan sebab baruuuu ja ingat taknak mkn berat2. masak la jugak kueyteow goreng sebab jap lagi kwn2 adik aku nak dtg lepak kat rumah smbil menjamu selera.. main campak campak dalam kuali, akhirnya siap jugak kueyteow gorengku...yummy...silakan jemput makan..




habis jugak satu pinggan, kalori byk tu dekat 600 jugak satu pinggan, kena banyak buat keje lagi!!!

Friday, November 23, 2012

jom lunch!


jemput makan, masak satu kuali nih..ada sambal belacan jugak tp malas nak upload, harini simple sbb nak makan kenduri jap lagi! ni masak pun utk adik ksayangan and mak yg dah nak balik, moga Allah berkati rezeki ini, ditambah kesihatan dan ditingkatkan kesyukuran..:)




dinner!

sambal ikan bilis versi surirumah sementara! 


sedap? mmg sedap..ada satu kuali lagi perlu dihabiskan.:)
makan dgn nasik atau roti sedap nih..

Thursday, November 22, 2012

ayam masak kicap utk 3 orang lunch!


yummy..jom makan!

Wednesday, November 21, 2012

lunch aku and ain!


sambal udang besaw.


ayam goreng ntah pape


sayur tu ain yg potong, kalau aku ptong suwit2 je..hohoho

Sunday, August 26, 2012

slamat hari lahir atika natasha

hari ni besday aku..:)
takda apa yang aku harap mlainkan mnjadi kesayangan Allah dan hmba2 Nya yg briman..jadi tlg lah doa2 kan aku ye..

ada sikit azam yg trlipat kemas kat hati ni smpena dah mnjadi smakin matang..harap2 dpt dilaksanakan lah..

1) hafal quran setiap hari.
2) istiqamah dgn solat sunat dan qiamullail
3) jauhkan dr mnyakiti org skeliling..nauzubillah
4) yakin dgn diri sndiri..tanam kbrgantungan kpd Allah SAHAJA
5) elakkan dr mngumpat, mncela atau memaki hamun.
6) sntiasa bmanis muka.
7) blaja ilmu rumah tngga.
8) terer memasak
9) sntiasa bsgka baik

ya Allah..kuatkan hatiku meniti hari yg akn dtg..smalam biarkan mnjadi prmata bharga, yg mndatang biarkn mnjadi kejora brtakhta..moga diri smakin baik dan smakin dkat dgn Mu..amin..:)

Friday, June 8, 2012

cuti sem lagi..

lama nya tak update blog, sekarang aku lebih banyak blogwalking brbanding tgk blog sendiri..kadang2 bila bw(blogwalking) baru akan terbit idea nak update apa kat blog kan.rasa nya dah naik brsawang dah ni..syuh2.. :)

cuti sem kali ni mcm biasa, 3 minggu..cukup lah tu nak dihabiskan di rumah..aku mcm ni lah, cuti mmg tak kemana, melainkan kat rumah..kalau kluar pun ke parit buntar, pastu kenduri kendara..lama jugak tak pi bejalan..patut la baru2 ni ke melaka (kembara solehah bdn dkwah) body clock aku trkejut! demam hampir semnggu lamanya..nak bangun pun tak larat, dua klinik dah pegi alhmdulillah getting better..tp sampai sekarang batuk2 ada lagi..:)

exam alhamdulillah boleh jawab dgn agak baik (yeke?) walaupun batuk2..malu dlm dewan tu suara aku je..tahan2 jugak la takut ganggu orang lain, kalau kwn2 aku saja takpa tapi campur kan ngn kelas2 lain..hihi..

p/s: act, aku agak mnggeletar nak mghampiri sem depan..byk nak kena tempuh, seni dlm pndidikan la, camping la..letih2..body clock, jgn tkejut lagi ye, kena blaja biasakan diri..:)

brbalik pada tajuk, cuti kali ni biasa2 je, mcm cuti yg lepas..bangun pagi, bukak tingkap, kemas umah,sidai kain, angkat kain, dan masak! masak pun bukanlah pandai sgt, tapi orang dalam rumah ni makan ja masakan aku, kira ok lah tu..

ok setakat tu dlu nak cukupkan syarat update blog! tata..

Friday, January 27, 2012

blank post

ada benda nak share tapi tak tershare sbb  aku tgh mncari ayat yg tepat utk share kat blog..blog kan medium luahan ragam..=)
baru2 ni aku ada terbaca 1 blog ni cerita pasal sorang ibu mengandung..disebabkan dia preggy,jadi mmg normal berlaku alahan bagai..dan paling ketara alahan kat bhagian kulit dan of course la wajah dia nampak kusam drp biasa..jadi dia mintak hubby dia belikan  set skincare utk dia pakai..dia pilih safi rania gold tapi kena buat pilihan pulak sebab ada banyak jenis kan set2 SRG ni.ada 3 set yang berbeza and smestinya setiap set tu mencecah puluhan ringgit..dalam nak pilih2 tu hubby dia borong ja semua set..
gulp.aku terkesima baca....aku terkedu.dalam hati aku, aku cakap kalau aku kat tmpat hubby dia,aku cuma beli 1 set saja.keberkesanan dia belum pasti lagi kan.tp suami dia beli semua...
sebenaqnya apa yg jadi topik skarang ni,aku pelik sebab aku tk biasa dalam keadaan mcm tu..aku tak pernah minta sesuatu dan aku terus dapat..jadi aku dah biasa usaha sendiri untuk sesuatu keinginan..tambah lagi hidup aku ni tak penah nampak pun suami yang loving mcm tu kecuali dalam tv..selama ni pun aku anggap apa apa saja aku nak atas usaha sendiri, aku anggap kalau aku kawin nanti pun aku tak boleh sesuka hati nak jadi permaisuri suami aku..walaupun sepatutnya aku di layan macam tu..nak tau sebab apa? sebab aku bukan hidup di manja2..mindset aku dah memang macam tu..kat sekeliling aku semuanya perempuan yang berusaha sendiri tanpa bantuan lelaki..kalau lah aku di treat mcm akak yg tgh preggy tu..mesti menitik airmata terharu kan..tu saja nak share.smile.=)

 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.