Monday, September 15, 2014

review: pelbagai jenama compact powder

aku ni nampak saja selekeh tapi aku sangat sukakan makeup. yelah sebab nak tutup cela yang banyak di muka ni. paling kurang pun pakai bedak. bedak compact adalah salah satu benda wajib yang aku pakai setiap kali kemana-mana dan benda wajib ada dalam handbag aku. untuk apa? touch up laa.. tambah-tambah time nak jumpa suami.. pahala bercantik-cantik untuk suami..:)

1) garnier

 
aku guna garnier masa mula-mula masuk maktab. bagi aku yg ni tak mempunyai litupan yang baik sangat. just nice kalau untuk makeup yg mmg tipis dan pakai hari-hari nak pegi kedai, kelas ke boleh lah guna.


2) clinelle
 
yg ni aku pakai code ivory. aku rasa bedak ni lagi ringan kot dari garnier dan less chemical sikit. aku tak minat. tapi aku pakai habis jugak


3) maybelline clear smooth powder


yg ni boleh tahan. mmg nice coverage. dia dapat cover cela dgn skali sapuan je. tapi muka aku kena berkali-kali sapu baru cela lenyap. aku beli yang mini je kalau tak silap harga dalam rm9.90. tapi bedak ni mmg aku letak dalam handbag sbb kecik dan boleh jadi penyelamat bila-bila muka nmpak minyak teruk


4) oxy compact powder

 

okeh. aku pakai oxy ni sejak aku terpengaruh dengan acne.org .. ni semua sebab nak elak kulit dari kena chemical yg berlebihan. aku pakai adala dalam sebulan lepas tu taknak dah. sebabnye aku tak istiqamah dan aku xsuka bedak ni terlalu ringan dan tak best. kalau kulit yg dah mmg elok tu sesuai la apply benda ni.. kalau kulit aku mmg tak daya nak tutup apa pun guna bedak ni...


5) pixy ultimate make up cake

 
haa..kalau yg ni aku mmg sukaa sangat.. harga dia tak mahal pun aku beli rm16 je. tahan sampai sekarang dah 3 bulan aku tonyoh bende ni... very nice coverage. aku suka span dia sbb boleh guna utk apply foundation sekali. bedak ni tahan lama. kalau kulit mcm aku boleh gakla dalam 4-5 jam tu. bila pakai muka nampak gebu. kalau malas pakai foundation, aku basahkan span dan sapu je bedak ni.. i like.. yg ni mmg aku suggest.


Sunday, September 14, 2014

FILEM TELUGU YANG BEST

siapa tahu, aku antara peminat dan penonton tegar filem telugu. yg cintan cintun tak minat sangat, tapi kalau yg thriller tu memang aku suka. kalau ada antara pembaca yang tgh mencari-cari filem apa nak tengok time bosan-bosan tuh.. aku seuggestkan yg nih. semua best-best dan takda aksi merapu macam filem omputih tu.


1) ANNIYAN

 
cerita tentang seorang lelaki yg mempunyai 3 personaliti yg brbeza..nerd, romantik dan ganas.
memang best!

2) KANTHASWAMY


okeh. hero dia sama macam cite anniyan tu Vikram yg berlakon. citer ni tentang sorang laki dgn geng-geng dia yg ada krjaya masing-masing tapi pd masa yg sama menyamar mnjadi penyelamat kpd msyarakat yg traniaya dan mghapuskan golongan elit yg jahat. pun best jugak. tp kostum yg hero tu pakai mcm lucu

3) NAAYAK

 

kisah tentang dua org lelaki yg sama muka tp mpunyai kisah hidup yg brbeza. last skali dua-dua brgabung lawan org jahat. best! hero mak aihh hensem.. ramcharan kalau tak silap nama dia

4) YEVADU

 

ni pun ramcharan berlakon juga. citer ni mmg best dan sedih tambah dengan aksi lawan dia.crita tntang seorang lelaki yg dibakar masa nk slamatkan awek dia dan aweknya di sembelih depan mata. tapi dgn kerosakan muka yg teruk, doktor telah mengubah mukanya dan dia balas dndam dgn wajahnya yg baru. bila dah slesai balas dendam, pkara pelik berlaku apabila dirinya pulak diburu oleh org lain. sebab apa? sebab wajahnya pernah dimiliki oleh seseorang. paling best takat nii



5) 7AM ARIVU

 

kisah tentang sorg lelaki yg mmpunyai DNA yang sangat sama dgn tokoh india, boodhidharman. dgn dna tu lelaki ni jadi kuat mcm bodhidharman dan lawan pnjahat yg dtg merosakkan india. pun best. surya berlakon dgn anak kamal hassan. lawa giler.


6) ANJALI


filem ni dah lama. tahun 1990. kisah tntang sorang budak yg ada masalah mental.sorang suami sembunyikan kelahiran baby dia daripada isteri dan 2 lagi anak dgn mengatakan anaknya lahir je dah meninggal. sebabnya doktor mnjangkakan budak ni tak dpt hidup lama, dijangka 2 bulan shj. tp rupanya budak ni brjaya survive slama 3 tahun. last skali mak dia dpt tau dan amik bela balik bdk ni. tp abg dan kakaknye tak suka. last skali budak ni mati. mmg sedih


7) KANNATHIL MUTHAMMITHAL

 

kisah tntang sorang budak perempuan yg lebih gelap drp ibu ayah dann adik bradik dia. rupanya dia ank angkat shj. dia usaha cari mak kndung dia yg skrg dh jd gerila. 

8) KONDUKONDEIN KONDUKONDEIN


kisah tntang adik beradik. perjalanan kedua-duanya dalam mendapatkan cinta dan mempertahankan maruah keluarga..boleh la..

9) REBEL

 

yg ni pun best sgt. walaupun hero dia biasa je tp jalan cerita sgt sharp. kisah balas dendam jugak ni

ada banyak lg tp aku tetiba tak larat nak cerita panjang... pening pulak. nak muntah..eh eh entah2 berisi?? hehehe..



 
 


 


mentaliti oh mentaliti..

alhamdulillah genap 3 bulan pernikahan aku dan suami. segalanya berjalan lancar. aku yang mulanya sedikit kekok bergelar seorang isteri masa awal perkahwinan, sekarang dah makin bijak mengawal emosi. almaklumlah, masa mula-mula kita rasa nak dimanja selalu, pernah terfikir betul ke tindakan berkahwin ni? macam-macam lah.. jadi agak selalulah bertengkar dengan suami bila berjauhan.. bukan apa, sebab nakkan perhatian suami.. tapi bila dekat, alhamdulillah bahagia je..

bila berjauhan, suami tak call dah mula rasa macam-macam. suami berubah lah apa lah. bila dia balas lewat sikit dah mula nak merajuk.. itulah namanya nakkan perhatian.. sekarang ni dah pandai, dah bijak.. takde nak marah-marah lagi..semakin faham kerja suami, semakin boleh sesuaikan diri dengan situasi dan banyak lagi.

apa yang aku nak kaitkan dengan mentaliti ni adalah mentaliti masyarakat sekeliling yang sedikit sebanyak bagi tekanan pada rumahtangga aku. yelah, kemana-mana saja mesti orang tanya soalan2 macam ni

 bila nak kenduri? 
kenapa lambat sangat kenduri? 
kenapa menikah awal sangat? 
sepatutnya jangan menikah lagi. ni kalau nak kenduri dah tak seri dah ni
ntah-ntah mengandung dulu..
ni kenduri pun belum dah berjalan sakan dengan suami

macam-macam. bila benda ni menekan aku, aku akan menekan suami aku. jadi terciptalah perbalahan. macam mana nak jadi isteri solehah ni... tapi sekarang aku dah abaikan cakap-cakap org.. even bila aku balik kampung sekalipun org asyik bertanya dan aku cuma senyum dan cakap doakan ye..nnti kenduri kami jemput.. 

apa yang lagi menyedihkan bila mak aku tak izinkan aku ikut suami selagi belum kenduri. bayangkanlah selama 6bulan kami berjumpa sorok-sorok, nak kemana pun kami buat diam-diam.. aku pun kerap jumpa suami di ipoh tanpa pengetahuan keluarga. kawan-kawan yang banyak bantu proses nak bersama suami.. kadang-kadang bila upload gambar dengan suami, mak akan call soal siasat itu dan ini macam pesalah pulak. mak cakap bila sekali dah bersama suami, maka hilanglah seri wajah..Allahuakbar.. seri wajah hilang bila tak solat je.. tersiksanya kami berdua..

sedih punya sedih, macam2 perasaan dalam hati akhirnya aku dan suami bertekad walau apa pun kami akan teruskan khidupan sbg suami isteri. no more birth control lagi. kalau aku ditakdirkan mengandung masa kenduri nanti pun aku redha je. kalau mak aku nak marah pun marahlah.masyarakat nak mengata pun silakan.. aku tak buat salah, aku dah menikah.. aku dah umumkan pernikahan aku. masa nikah aku dah buat walimah kecil-kecilan dan aku takmau tanggung dosa ingkar terhadap permintaan suami aku..lagipun kenduri tinggal lagi 3 bulan. klau mengandung pun tak nampak..hihi... moga Allah bagi kekuatan..

macam-macam aku belajar sepanjang dihujani dengan ujian ni.. aku dah perasan yang aku sangat kurang menangis sekarang. kalau mak kata apa-apa pada aku dan suami pun aku cuma diam, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. kalau org tanya-tanya pun aku senyum saja.. depa tak berada di tempat aku.. aku yang menanggung. kalau aku buat kenduri sekali pun, aku tak susahkan sesiapa, malah bersedekah bagi depa makan.. jadi masyarakat tlg lah. sikap macam ni cuma merosakkan ummah. merosakkan kebahagiaan rumahtangga org.. Allah melihat apa yg kita katakan.. kdg2 aku ngan suami rilek je, tapi bila masyarakat hukum kami mcmni, mula lah kami badmood, bukan kami tapi aku ni ha..

tapi aku dah semakin kuat! aku tau benda ni semua akan lenyap ditelan masa..aku beruntung Allah gantikan kesusahan aku dengan seorang suami yang baik.. moga Allah bagi ganjarang syurga buat suami..moga Allah bagi kekuatan, bagi kesabaran buat kami menempuhi hari akan datang. ni baru sikit..lek luuu


 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.