Tuesday, November 25, 2014

alhamdulillah dan alhamdulillah

dah lama kan mendiamkan diri daripada blogging? ya, sebab kekangan masa dan keadaan, aku terpaksa tangguhkan dulu. tapi ada cerita yang nak kuluah dan ku simpan di sini.

beberapa ketika lalu, aku dengan suami ada berhasrat untuk bersedia menjadi ibu dan ayah. tahu, mak aku memang melarang keras atas beberapa alasan yang aku kira sangat tidak munasabah. biasa, orang tua terikat dengan adat yang kadang bercanggah dengan syariat. tapi akur tetap akur. demi menjaga hati kedua pihak baik suami dan mak, dan untuk menjaga hati sendiri, aku banyak melakukan agenda sendiri tanpa pengetahuan mak. aku terpaksa.

lebih dua bulan lalu, aku dah mula rasa lapar yang keterlaluan sampai membawa kepada pening dan rasa loya. aku dah syak yang aku mengandung. naluri sangat kuat, tapi ujian kehamilan menidakkan. selang beberapa hari, rasa macamni semakin kerap, naik bas ke hulu hilir dengan rasa loya yang memuncak, aku dah rasa memang ada isi! balik ke rumah, aku buat sekali lagi upt. double line! tp yang satu lagi tu samar-samar.

masa ni jantung berdegup kencang, hanya lafaz takbir yang mampu aku ucap. rasa syukur dan takut berganti-ganti.. suami aku pun happy tapi taknak terlalu berharap sebab upt tak boleh dipercayai seratus peratus.  selang seminggu kami ke klinik dan dokor pun sahkan aku hamil 5 minggu. alhamdulillah. takut pun Ada, seronok apatah lagi.bukan semua org diberi peluang jadi ibu.jadi aku tekad rahsiakan dulu smpai selesai kenduri baru maklum pada mak.

minggu berganti minggu aku melepasi banyak kerja dn tggungjawab sbg student tahun akhir dgn jayanya diselangi penat yg tak terkata. aku dh mula rasakan morning sickness semakin wujud.tp aku okay.cuma muntah waktu pagi Dan x suka certain2 bau. for me it's normal and acceptable.ada satu saat mak aku ckp aku x sepatutnya kawin lagi. x kawin pun takpa. aku rasa terpukul. termenung ja aku fikirkan yg aku dh pun mngandung tp mak aku masih cakap mcmtu.aku x salahkan mak.aku tau, mak taktau tentang ni. aku mula susah hati fikirkan macam2. tapu aku tangguhkan dulu memandangkan temuduga spp makin dekat.

smpaila wktu utk temuduga spp.aku ke hulu ke hilir atas beberapa urusan. aku mmg tak fikirkan lagi kesihatan.aku bertekad perlu kuat.kalau nak sakit lepas spp lah! tup tup selesai ja spp, aku jatuh sakit. muntah lebih 10kali dalam sehari diselangi demam panas. aku asyik menangis. pegi klinik doktor masuk air dan suruh aku makan.please eat for the sake of your baby. aku memang tak blh msuk apa2,aku loya! even minum air plain skali pun aku muntah.

malam tu aku demam panas. maintain muntah smpai pukul 4pagi baru dpt tido.suami aku jauh di johor, kerja. dia pun susah hati dan call kawan2 mintak tlg tgkkan aku.esok tu kawan aku bawak ke hospital.mmg doktor tahan ward.dia scan byk Kali dan dia ckp "it looks like molar pregnancy"

aku dah takda perasaan. yg aku tau tubuh aku dah lemah..malam tu scan pakar pun doktor cakap antara dua.samada molar pregnancy atau kandunan u dah tak jadi. so kita kena cuci.start puasa skrg.

suami dh dtg teman.aku pun mcm xda perasaan nak nangis ke apa.dlm pukul 6.30 esok tu aku janin dh selamat di cuci. lepas tu aku tibai mkn nasik kukus dan nasik lemak 2 bugkus dgn jayanya.yelah,lapar..
.

esok tu aku dh boleh keluar. suami belikan lauk pantang minta tlg kwn2 masakkan untuk aku. aku pantang Kat asrama je.mcm biasa,pakai stoking, sapu minyak panas, tak minum air sejuk, xmakan benda sejuk,mandi air panas, makan pun mkanan org sakit. apa pun trimakasih x terhingga utk suami dan kwn2..

mmg perit berpntang Dan hadapi semua tanpa suami dan keluarga di sisi. semenjak tu aku asyik nk marah2 ja terutama pada suami.kesian dia.dgn kawan pulak aku asyik touching. tiap malam aku nangis. genap dua minggu berpantang, darah pun dh kering, aku dh makin sihat.aku dh ceria.tambah2 dpt jumpa suami.aku dh tak mrh2 lagi.

setakat tu saja pengalaman aku yg sgt2 berharga. doakan aku blh mngndung balik.btw,doktor dah sahkan baby aku normal bukan molar cuma hayatnya x panjang.okay then.slamat berjumpa lagi

 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.