Friday, April 10, 2015

kehamilan kali kedua

assalamualaikum. kali ni aku nak cerita tentang kehamilan kali kedua aku. yang pertama cuma mampu bertahan 2 bulan sahaja tapi tak mengapa. :)

alhamdulillah, sekarang aku berada di trimester kedua iaitu 22 minggu 5 hari. lagi beberapa minggu akan menjengah ke trimester ketiga. mohon Allah permudahkan. kehamilan kali ini memang sangat mencabar baik emosi, fizikal dan juga mental. kesabaran demi kesabaran sangat2 diperlukan. dalam tempoh 4 bulan pertama kehamilan, aku mengalami morning sickness yang agak serius. semua bermula pada tempoh 2 bulan kehamilan. muntah, muntah dan muntah sampai dehydrated. nasib baik masa tu aku tinggal dengan suami. jadi suamilah yang hantar ke hospital, tapi dia tak boleh nak tunggu sebab ward perempuan. tinggal la aku di hospital selama 4 hari sampai aku betul-betul pulih.

2 minggu lepas keluar wad, aku diserang lagi muntah serius. bayangkan setiap 15 minit atau 10 minit aku akan muntah sampaikan dah tak ada apa lagi yang nak keluar. yang keluar cuma lendir asid yang memedihkan. suami hantar ke hospital lagi. kali ni aku cuma kena tahan 3 hari sahaja. sebenarnya boleh dikatakan aku muntah tiap hari tapi cuma skali dua, tapi ada satu masa aku akan muntah sehari berkali-kali. sebab tulah boleh jadi dehydration..nasib baik ada suami di sisi.

memandangkan aku belum kerja lagi, aku minta izin suami nak berehat di kampung. di kampung ada mak dan adik beradik. senang sikit. bila di kampung, aku dpt berita tawaran posting dah keluar dan aku kena melapor diri di jpn KL dalam masa 2 hari lagi. masa tu memang berat memandangkan aku tau aku akan berjauhan dengan suami. di di ipoh, aku pula bakal bekerja di KL. kebetulan masa sibuk setelkan dokumen utk lapor diri, aku diserang muntah teruk lagi. kali ni memang aku betul-betul kawal sebab esok dah nak bertolak ke KL. takut sangat kena tahan wad. nasib baik ada mak. mak tolong urut, tolong sapu minyak sampai rasa lega sikit. mak dan abah belikan ubat muntah veloxin kat farmasi untuk bekalan aku. lepas makan ubat tu, Allah bagi kelegaan sikit. jadi, ubat tulah menjadi peneman setia sepanjang di KL.

bila dh bekerja, aku tinggal jauh dengan suami. aku menumpang di rumah abg suami. masa tu aku diserang muntah teruk lagi. sampai tak boleh makan apa. kondisi aku lemah. abg ipar dan biras bawak ke klinik tapi klinik suruhh masuk ward. jadi, tinggal lah aku 2 hari di ward HKL..selang seminggu, aku diserang muntah teruk lagi. aku betul-betul tak tahan. abg ipar bawa aku ke hospital ampang. doc cuma masukkan drip air dan minta aku berehat smpai betul-betul boleh makan. bila dah boleh makan, aku dibenarkan balik. tapi lepas balik saja, aku lemah balik. bau apa pun tak boleh.. sedihnya, waktu ni memang perlukan suami sangat-sangat. esok aku pegi kerja macam biasa, pagi di tempat kerja, aku dh muntah dekat 7 kali. terus aku ke hospital ampang minta tlg masuk air. doc masukkan air, biarkan aku berehat. bila aku balik, aku masih nak muntah.. adik ipar bawa aku HKL dan aku ditahan 5 hari sebab dehydrated tahap 4. masa tu aku tak boleh bercakap, tak boleh menelan, tak boleh makan minum dll. rasa sangat siksa, suami tak ada, aku asyik menangis di ward. setiap 10 minit mesti akan muntah. sampai lendir coklat yang keluar. pedihnya tuhan saja yang tahu.

akhirnya suami dpat cuti dan dtg temankan aku. rasa semangat bila ada suami. barulah ada org tlg picitkan dan urutkan badan yang sakit.. lepas 5 hari, aku dibenarkan balik. alhamdulillah itulah kali terakhir aku masuk ward bagi morning sickness. sampai skarang dah tak ada lagi mcm tu.. lega sanggat. kadang2 bila terlalu letih atau silap makan akan muntah juga. tapi jauh beza daripada dulu..

buat para suami, para anak, hargailah ibu dan isteri anda.. sungguh, mengandung tidak semudah yg disangka. kesusahan demi kesusahan Allah berikan demi mendapatkan nikmat yg tiada bandingannya..

doakan aku dan baby berjaya mengharungi kehamilan ini dgn sempurna. amin..

0 comments:

 
Bloggerized by Dzignine, based on Nekoji design.